Ampera 2009

Amanah Penderitaan Rakyat patani

Wartawan Thai Terkorban Dalam Letupan Bom Di Selatan Thai


BANGKOK, 22 Ogos (Bernama) — Seorang wartawan terbunuh manakala 20 yang lain, termasuk seorang ketua polis daerah cedera apabila para pejuang pemisah disyaki meletupkan dua bom di balai polis Sungai Golok di bandar sempadan Thailand-Malaysia malam Khamis.Jurucakap polis berkata Charlee Boonsawat, berusia lingkungan 40-an, terbunuh apabila beliau menghampiri kawasan kejadian semasa bom pertama meletup.

“Semasa polis dan askar mengepung kawasan itu, bom kedua meletup,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata ketua polis Sungai Golok, Kol Prabpal Meemongkol merupakan antara yang tercedera tetapi keadaannya tidak serius dan beliau dihantar ke hospital daerah untuk mendapat rawatan.

Mangsa lain yang cedera termasuk seorang pemberita stesen TV Channel 9, serta anggota polis dan askar.

Beliau berkata bom pertama diletakkan di atas sebuah motosikal manakala yang kedua meletup di kawasan berhampiran.

Seorang wartawan tempatan di Narathiwat berkata sebelum ini wartawan Thai Rath itu terselamat dalam beberapa kejadian letupan bom.

Sungai Golok popular di kalangan rakyat Malaysia yang mencari hiburan dan membeli-belah di kawasan sempadan pada hujung minggu.

Laporan awal mendapati tiada rakyat Malaysia yang terbabit dalam letupan itu.

Lebih 3,300 orang terkorban sejak puak pemisah melancarkan semula kempen menuntut kemerdekaan bagi tiga wilayah iaitu Yala, Narathiwat dan Pattani yang majoriti penduduknya beragama Islam

 

 

 

Oleh D. Arul Rajoo

— BERNAMA    22 Ogos, 2008 00:37 AM

August 21, 2008 - Posted by | Berita Harian (Melayu)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: